Mencari Kebenaran

Mencari Kebenaran

Ahad, 20 Disember 2009

Pencarian Ke Jalan Kebenaran......



Pencarian Ke Jalan Kebenaran


Assalamualaikum....


Saya ingin membawa saudara sekalian untuk merenung dan berfikir sejenak tentang tajuk di atas. Bukanlah maksud saya ingin menjadikan ruangan ini mencari kesalahan orang lain atau ada maksud tertentu tetapi hanyalah sekadar untuk berbincang dan untuk mendapat pandangan lain daripada saudara sekalian. Saya ada suatu cerita yang saya ingin kongsikan dengan saudara sekalian. Ada tiga orang yang sedang berbincang mengenai agama. Tiga orang tersebut ialah Ahmad, Maniam dan Ah Chong ( Bukan nama sebenar ). Ahmad bertanya pada Maniam,

Ahmad : Maniam, apakah yang kamu sembah? Maniam menjawab : Aku sembah Tuhan la... Ahmad : Tapi aku nampak kamu sembah batu saja. Maniam menjawab : Memang aku sembah batu yang datuk nenek kami buatkan tapi disebaliknya kami sembah tuhan, batu itu hanyalah menjadi perantaraannya saja.

Ahmad bertanya pula pada Ah Chong dengan soalan yang sama dan Ah Chong pun menjawab dengan jawapan yang sama dengan Maniam. Selepas itu Ah Chong dan Maniam bertanyakan Ahmad soalan. Ah Chong & Maniam : Ahmad, apa yang kamu sembah? Ahmad menjawab : Aku sembah Allah, Tuhan yang Esa. Ah Chong membalas : Engkau sembahyang mengadap kiblat bukan?. Ahmad menjawab : Ya... Ah Chong membalas : Bukankah Kaabah itu batu... maka kamu pun menyembah batu macam kami juga la...

Ahmad bingung hendak menjawab soalan itu pada Ah Chong dan Maniam. Jika anda di tempat Ahmad, apakah jawapan yang anda akan berikan kepada Ah Chong dan Maniam? Fikir-fikirkan lah dan dan jawablah dalam komen blog ini.